Hi and Assalamualaikum.
Nur Iwani Nadhirah binti Jafri.
Dulu saya seorang yang pendiam. Seorang yang pemalu. Seorang yang ceria. Saya bebas daripada masalah dunia. Saya seorang yang cool. Saya seorang yang tabah. Saya dekat dengan Allah. Saya takut untuk langgar peraturan sekolah. Saya takut untuk langgar hukum Allah. Saya seorang yang nerd. Saya suka belajar. Saya tak pentingkan diri. Saya tak kuat jealous. Saya tak suka berhasad dengki. Saya seorang yang cemerlang. Saya tak suka melawan. Saya tak pentingkan dunia. Saya sayang kawan saya.
Tapi......kenapa sekarang saya berubah? Saya dah tak pendiam. Saya dibebani pelbagai masalah. Masalah kawan, masalah keluarga. Masalah diri sendiri. Sekarang saya dah tak setabah dulu. Saya suka nangis. Bila ada masalah saya nangis. Bila stress saya nangis. Saya rasa saya dah jauh daripada Allah. Saya dah berani langgar peraturan sekolah. Saya dah berani langgar hukum Allah. Saya sibukkan diri dengan alam maya daripada belajar. Saya pentingkan diri sendiri. Saya kuat jealous dan saya suka iri hati dengan apa yang kawan saya ada. Saya kadang-kadang suka melawan. Saya pentingkan dunia. Saya bukan kawan yang baik.
Kenapa ni semua boleh terjadi? Mana Iwani Nadhirah yang dulu? Setiap hari saya berharap saya cuma mimpi dan esok pagi saya bangun, saya jadi diri saya semula. Saya tidak kesalkan sesuatu perkara yang terjadi. Cuma saya tak faham kenapa semua ni boleh terjadi kepada saya?
Saya minta maaf kepada kawan-kawan yang suka mengkritik saya. Saya minta maaf jika nasihat saya tidak berhasil malah menjadikan perkara tu lebih teruk lagi. Saya minta maaf, saya tak boleh jadi kawan yang baik. Saya minta maaf kerana terlalu iri hati dengan apa yang kawan-kawan saya ada. Saya masih cuba sedaya upaya saya untuk menjadi Iwani yang lebih baik. Yang lebih matang. InsyaAllah. Ameen.
Cuma satu yang saya harapkan daripada kawan-kawan saya. Jangan biar saya keseorangan. Ada bila saya memerlukan. Ada disamping saya mengharungi segala dugaan. Ada untuk bersama-sama mencapai perubahan. Ada bersama-sama untuk ke syurga Allah. Ada dimana saja bersama saya.
Lastly, pray for me. So let me do my best. Wish me luck. And.....I'm sorry. For everything.
Xoxo.

No comments:
Post a Comment